MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Nikmati Perjalanan Umrah Yang Selesa, Mudah dan Lengkap bersama Kami
Kami menawarkan pakej Umrah dari Malaysia dengan harga berpatutan dan bimbingan penuh sepanjang perjalanan. Pelbagai pilihan pakej Umrah murah seperti pakej ekonomi, pakej premium, dan pakej keluarga disediakan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan.



MADINAH AL-MUNAWWARAH
Kota suci yang penuh keberkatan dan ketenangan
Madinah, tempat istimewa yang memancarkan ketenangan dan keberkatan, adalah destinasi yang wajib diziarahi setiap jemaah. Di sinilah terletaknya Masjid Nabawi, salah satu masjid paling mulia dalam Islam, yang menjadi tempat peristirehatan terakhir Rasulullah SAW.
Selain Masjid Nabawi, kota ini menawarkan pelbagai lokasi ziarah bersejarah seperti Jabal Uhud, Masjid Quba’—masjid pertama yang dibina dalam Islam, dan perkuburan Baqi’ yang menjadi tempat persemadian para sahabat Rasulullah. Setiap langkah di bumi Madinah adalah satu perjalanan rohani yang membawa kedamaian dan inspirasi mendalam.
HUBUNGI KAMI SEKARANGJom Bersama Menikmati Pengalaman Indah Menjelajah Serata Dunia!
KAZAKHSTAN
Permata Asia Tengah dengan Keunikan Budaya dan Alam
Negara kesembilan terbesar di dunia ini terkenal dengan landskap luas yang merangkumi stepa, tasik, dan pergunungan.
Ibu kotanya, Astana (sebelumnya dikenali sebagai Nur-Sultan), menampilkan seni bina futuristik seperti Bayterek Tower dan Masjid Hazrat Sultan. Almaty, bekas ibu negara, pula terkenal dengan kecantikan pergunungan Tian Shan dan Tasik Big Almaty yang mempesona. Kazakhstan juga menjadi lokasi kosmodrom terkenal, Baikonur, pusat pelancaran angkasa pertama di dunia.
Negara ini mempunyai warisan budaya yang kuat, dipengaruhi oleh laluan perdagangan purba, Jalan Sutera.
PAKISTAN: ISLAMABAD, HUNZA, SKARDU
Nikmati pengalaman luar biasa di bumi yang penuh dengan keajaiban alam dan sejarah yang memukau
Pakistan, sebuah permata tersembunyi di Asia Selatan, menawarkan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan budaya yang memikat hati.
Dari kota moden Islamabad yang teratur ke lembah indah Hunza yang dikelilingi oleh gunung-gunung megah bersalji dan suasana desa yang tenang.
Hingga ke Skardu, pintu masuk ke landskap ajaib Himalaya dan Karakoram, menerokai padang pasir di tengah gunung, tasik biru yang tenang, dan pemandangan dramatik puncak tertinggi dunia.
Setiap sudut perjalanan ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa.





Menjelajah Keajaiban Mesir: Warisan Sejarah & Keindahan Islam
Mesir bukan sekadar tanah Piramid dan Sungai Nil; ia juga kaya dengan sejarah Islam yang mendalam dan keindahan seni bina yang memukau. Kami akan membawa ke masjid-masjid agung seperti Masjid Amru Bin Ash, Masjid Sayedah Nafisah, Masjid Luqman Hakim, yang menampilkan kehebatan seni bina Islam.
Kunjungan ke Iskandariah, kota warisan era Yunani, setiap detik di bumi Mesir adalah pengembaraan yang penuh makna dan kekaguman. Ziarahi Makam Imam Syafie, tempat persemadian salah seorang imam mazhab besar Islam, dan rasai keberkatan sejarahnya. Meneroka Kubu Salahuddin, kubu pertahanan bersejarah yang menawarkan pemandangan kota Kaherah yang menakjubkan.
Pengembaraan ini tidak lengkap tanpa singgah di Tasik Qarun, salah satu tasik purba yang kaya dengan keindahan semula jadi, serta kunjungan ke Universiti Al-Azhar, simbol kecemerlangan ilmu Islam yang terus mekar sejak berabad-abad lamanya.
Alami gabungan unik sejarah purba dan ketamadunan Islam yang akan memukau hati anda. Tempat terhad – jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman spiritual dan budaya yang luar biasa di bumi Mesir.
TURKIYE: ISTANBUL, BURSA, CAPPADOCIA
Pengalaman unik,
sejarah, budaya dan keindahan alam bersatu
Turkiye, sebuah negara yang menyimpan warisan sejarah, budaya, dan keindahan alam, menawarkan pengembaraan yang tidak terlupakan.
Di Istanbul, alami keindahan Masjid Biru, Hagia Sophia, dan Istana Topkapi yang menjadi simbol kegemilangan empayar Uthmaniyyah. Seterusnya, kunjungi Bursa, yang dikenali sebagai Kota Hijau, dengan Masjid Ulu Cami yang megah dan keindahan Taman Uludag.
Akhiri pengembaraan anda di Cappadocia, sebuah destinasi magis dengan landskap luar biasa seperti Fairy Chimneys dan kota bawah tanah purba. Jangan lepaskan peluang menaiki belon udara panas untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit yang luar biasa.


BANDUNG, INDONESIA
Kota Bunga dan Syurga Membeli-belah
Bandung, yang dikenali sebagai “Paris van Java,” adalah destinasi yang sempurna untuk anda menikmati keindahan alam, pengalaman membeli-belah, dan sajian kulinari yang memukau. Dengan udara sejuk dan pemandangan gunung yang menenangkan, lawatan ke Bandung pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Menerokai keunikan tempat-tempat menarik seperti Kawah Putih, sebuah kawah gunung berapi yang mempesona dengan airnya yang berwarna kehijauan, serta Tangkuban Perahu, gunung berapi aktif dengan pemandangan menakjubkan. Juga singgah di Farmhouse Lembang, destinasi bergaya Eropah yang sangat popular untuk bergambar dan menikmati suasana ala desa di luar negara.
Bagi penggemar membeli-belah, deretan factory outlet di Jalan Riau dan Dago adalah syurga yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen pada harga yang berpatutan.
Dari keindahan alam hingga membeli-belah tanpa batas, perjalanan anda ke Bandung akan dipenuhi dengan kenangan yang indah. Tempat terhad – sertai kami untuk pengalaman luar biasa ini!